[PCBSD-malaysia] Government Vulnerable Web Scan
Mohd Fazli Azran Abd Malek
mfazliazran at gmail.com
Wed Oct 14 22:27:26 PDT 2009
Salam Tuan & Puan,
Selamat kembali bertugas dan selamat hari raya aidilfitri kepada
semua. Setelah lama bercuti dan mempunyai banyak komitmen yang diberi
keutamaan saya memulakan dengan hari hari yang sungguh indah ini
walaupunkejap nak hujan kejap panas... maka dengan team saya kami
dengan rancak menghidupkan semula botnet kami yang lama telah tidur
untuk mengesan pelbagai lubang yang dipercayai tidak ditutup dengan
baik. Hasilanya adalah didalam attachment. Kami mempunyai method kami
yang berbeza untuk mengesan bug atau vulnerable sesebuah website.
Kebanyakan lubang2 biasanya adalah bugs dari coding yang tiada
finishing yang baik. Maka dengan itu kebanyakan bugs2 ini dipercayai
dapat diexplotasi dengan menggunakan jarum peniti untuk dimasukkan
kepada bug2 tersebut. Jarum peniti tadi akan digunakan untuk
memasukkan kuman kuman yang digunakan seperti H1N1 yang digunakan
untuk memusnahkan data data didalam pelayan terbabit.
Kebanyakan ekploitasi ini menggunakan method yang paling popular
dinamakan RFI dan digunakan secara meluas oleh para penggodam untuk
mengakses pelayan secara remote. Tuan & Puan sekalian sehingga hari
ini para penggodam melabelkan pelayan malaysia ini sebagai lauk
ikan masin mereka kerana kebolehan mereka menggodam pelayan kepunyaan
gov.my/edu.my dan semua jenis .my ini dengan semudah air batu campur.
Baru2 ini web kepunyaan usm.my, medic1.upm.edu.my, ilpkls.gov.my,
oll.moe.gov.my telah dideface dengan selambernya oleh para penggodam
dengan mengexplotasi kelemahan bug dan seterusnya membuat onar dan
duri didalam pelayan tersebut, walaubagaimanapun pelayan tersebut
tidak dapat diroot oleh penggodam hanya defacement luaran sahaja
tetapi mereka bercucuk tanam pula php/asp exploit. Sudah sampai
masanya untuk pihak terbabit membincangkan isu2 keselamatan ini dengan
lebih serius dan terbuka. Tidak perlu lagi disorokkan dari pengetahuan
umum. "Open Your MInd is Open Your Door", berkongsi maklumat adalah
jalan terbaik dari menyimpan hingga jadi basi.
Diharap jangan segan silu untuk berkongsi maklumat mengenai perihal
security ini. Ini adalah zaman siber bukan lagi zaman batu, oleh itu
kita juga perlu mengikut peredaran semasa dan harus berani membuat
perubahan. Saya akan berkongsi maklumat dengan Tuan/Puan semua kalau
semua dapat berkongsi dan berfikiran terbuka menngenai isu
keselamatan. Buat masa ini kami mengfokuskan kepada laman web kerajaan
dan pendidikan. Terdapat banyak sangat dari com.my yang kami tak mampu
nak handle. Kebanyakannya dari com.my dalah dari syarikat webhosting
provider yang nampaknya menjadi sasaran mudah oleh para penggodam.
Jangan meletakkan harapan kepada vendor anda dan melepaskan
tanggungjawab kepada mereka sebaiknya andalah yang patut mengambil
tahu semua masalah berkaitan dengan pelayan anda. Biasanya kalau
terjadi sesuatu hal vendorlah yang akan dikambing hitam oleh
kebanyakan staff gov ini. Berfikiran terbuka dan bersikap positif
terhadap sebarang kritikan dan bersedia menerima perubahan akan
membantu Tuan/Puan dan mempermudahkan kerja semua pihak. Harapan saya
adalah untuk dapat membantu bersama sama dalam menjaga isu keselamatan
cyber dan intergriti kita semua. Sekian Terima Kasih
-------------- next part --------------
A non-text attachment was scrubbed...
Name: webhole.pdf
Type: application/pdf
Size: 74616 bytes
Desc: not available
Url : http://lists.pcbsd.org/pipermail/pcbsd-malaysia/attachments/20091015/6a1912b3/attachment-0001.pdf
-------------- next part --------------
"Berkhidmat Untuk Negara" -- :)
Mohd Fazli Azran
PCBSD Malaysia
More information about the PCBSD-malaysia
mailing list